Info Solat (Click utk waktu solat)

Info Solat (Click utk waktu solat)
MASJID ZAHIR

Wednesday, February 18, 2009

Happy News!!

I have a happy news ..

but not confirmed yet..

so cannot tell here..

still waiting..


Tuesday, February 17, 2009

Petua Kejayaan


DUIT

D = Doa

U= Usaha

I= Istiqamah

T= Tawakkal

Insyaallah..

Thursday, February 12, 2009

Ingin bermaksiat ???


Ingin bermaksiat ???

BOLEH JEE...

Syarat pertama, jika bermaksiat kepada Allah, jangan sesekali makan rezekinya...tapi, mcm mane ek?? semua yang ade atas muka bumi ni ALLAH yang punya kan kan...

Syarat kedua,kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya...tapi, mcm mane ek?? kat bulan oksigen cukup ke?? ALAMAK ! Sheikh Mzafar pon tak tahan..

Syarat ketiga, kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya...tapi, ALLAH nampak semua.. yang kita tak nampak pon Dia nampak..adoii...mcm mane nih??


Syarat keempat, kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'... tapi mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaan itu...ade dia kesah?? Hisshh!!


Syarat kelima, kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya, tapi...kompom malaikat itu tak akan bagi chan pnyee lah...


Pilihan di tgn kita 

antara neraka....@.....syurga
antara dosa......@.....pahala
antara seksa.....@.....gembira
antara duka......@.....suka


Semoga ALLAH swt sentiasa melimpah ruahkan rahmat, barakah, dan restuNya kepada kita hamba yang sangat sangat sangat kerdil, hina dan penuh dengan dosa ini...

Semoga kita ditetapkan iman hendaknya
~InsyaALLAH...

-sekadar buat renungan & kecilnya peringatan-

ALLAHUAKBAR !!!



Wednesday, February 11, 2009

Prudential BSN Takaful

Anda menghadapi Masalah??

Ke Arah Kehidupan yang lebih Tenang.. tak perlu lagi fikir tentang kos perubatan yang perlu ditanggung sekiranya sesuatu berlaku kepada keluarga anda..


Jika menghidap penyakit dan dimasukkan ke hospital, kita sentiasa mengharapkan :

 

1.       Nasihat perubatan oleh pakar perubatan yang terbaik

2.       Perkhidmatan, penjagaan dan layanan mesra yang pantas dan cekap

3.       Kaedah perubatan dan rawatan diberikan adalah yang terbaik

 

Walaubagaimanapun, jika kita memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital yang boleh memberikan apa yang kita harapkan, adakah kita bersedia untuk membayar untuk perkhidmatan tersebut?

 

1.   Kredit kadbergantung kepada had kredit

2.   Akaun simpanancukup ke dengan caruman RM100 sebulan dalam masa 10 tahun baru cukup RM3000 itupun kalau dividen 10% setahun.

3.   Keluarga, Sahabat boleh ke bergantung kepada mereka, ntah-ntah mereka pun ada kepentingan lain jugak yang nak diselesaikan

4.   Open ward atau 4 bed di hospital swasta masih lagi dicaj di bawah RM100 sehari. 

Tetapi bagaimana dengan kos rawatannya pula?

 

Salah satu cara di atas adalah melalui pelan Takafulink yang didatangkan dengan manfaat perlindungan perubatan MMC. Konsepnya, sebelum berlakunya sakit anda selesaikan bil hospital dengan cara ansuran terlebih dahulu. Ini bermakna secara logiknya anda bersiap sedia menghadapi daripada menanggung kos mengejut.

 

Untuk mereka yang bekerja, bolehlah pula mendapat pelepasan cukai sehingga RM3000 setahun yang disediakan oleh kerajaan.

 

Terimalah hakikat :

1.       Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja

2.       Kita akan berhadapan dengan berbagai masalah jika kita menghidapi penyakit

3.       Rawatan perubatan bukanlah sesuatu yang boleh ditangguh

4.       Sentiasa berdoa agar kita semua sihat selama-lamanya hendakNya.

 

Antara perkara-perkara yang menyebabkan sebelum ini ramai yang kurang berminat untuk menyertai pelan Takaful adalah kerana :

 

1.   Majikan telah sediakan kad perubatan

(bagi company besar2 lah.. kalau gomen harap spital kerajaan je lah)

     

    Memang diakui pelan yang disediakan oleh majikan anda juga tidak kurang menariknya tetapi apabila memikirkan yang pelan perubatan atau perlindungan itu hanyalah selama mana anda berkhidmat di situ. Tetapi bagaima pula sekiranya anda bercadang untuk bekerja di tempat lain atau manfaat yang sedia ada dikurangkan oleh pihak majikan? Dengan adanya pelan Takafulink ini anda tidak perlu berasa was-was lagi.

 

2.   Dah ada Pelan Takaful asas

 

Pelan perlindungan yang anda ambil sebelum ini hanyalah pelan asas yang meliputi penyakit kritikal sahaja dengan bayaran hanya serendah RM25 sebulan. Tetapi melalui pelan Takafulink yang disediakan oleh pihak PruBSN anda mendapat semua manfaat iaitu perlindungan, simpanan dan pelaburan di dalam 1 pelan sahaja.

 

Antara perkara-perkara lain yang mendorong anda menyertai pelan Takaful oleh PruBSN Takaful adalah kerana :

 

1.   Jumlah simpanan wang di bank (kecualilah anda mewarisi harta berjuta-juta)

 

Secara jujur simpanan wang di bank yang anda ada tidaklah seberapa kerana memang tak mampu nak buat simpanan buat masa sekarang (ekonomi meleset). Oleh yang demikian, anda memang tak boleh langsung bergantung sepenuhnya dengan wang simpanan yang ada. Dengan menyertai pelan Takafulink secara tidak langsung anda kini telah mempunyai simpanan kecemasan secara automatik sekiranya berlaku apa-apa ke atas anda.

 

2.   Perlindungan hingga berumur 80 tahun.

 

Kalau dipanjangkan umur, mudah-mudahan kalau sakit atau meninggal dunia adalah diharapkan anda tidak membebankan anak-anak dan isteri anda pada masa tersebut.

 

3.   Daripada duit habis dibelanjakan begitu saja untuk beli benda lain

 

Alhamdulillah, setiap bulan bila anda berazam nak allocate duit bulanan, maka anda tak guna lagi duit caruman untuk perkara-perkara lain. Dapat jugak anda bayar bulan-bulan duit caruman berbanding sebelum ini, duit habis beli barang-barang yang tak nampak.

 

4.   Manfaat simpanan yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa

 

Disamping mendapat manfaat perlindungan, anda juga mendapat manfaat simpanan dan pelaburan. Boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan kalau dikira-kira berdasarkan kepada andaian keuntungan hanya 2% setahun ibarat anda hanya membayar caruman hanya pada kadar 50% sahaja sebulan.

 

5.   Bayaran ko takaful terendah

 

Dengan bayaran ko-takaful maksima hanya RM1000, rasanya ianya adalah antara yang terendah setakat ini.

 

6.   Semakin umur meningkat semakin tinggi premium yang perlu dibayar.

 

Anda perlu memiliki produk ini sekarang!!.. semakin umur meningkat semakin tinggi premium yang perlu dibayar kerana?? Risiko yg lebih tinggi.

 

7.   Had tahunan yang tinggi dengan tiada had dikenakan ke atas rawatan yang diperlukan.

 

Anda juga tidak perlu ragu2 dengan produk ini kerana ianya diawasi oleh Majlis Pengawasan Syariah yang di pengerusikan oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Ahmad Nakhie Ahmad. https://www.prubsn.com.my/shariah_committee.php

 

Tunggu apa lagi kawan2.. aku sebagai kawan korang sume hanya nak share benda baik nie untuk kebaikan semua.. kalau korang nak penerangan lanjut boleh la contact aku.. wife aku yg jadi agent insurance nie.. aku mana leh.. keja gomen maa..

Bebaskan diri dari kerisauan !!

 

 

Monday, February 9, 2009

pOLItik oH PoliTik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sahabat-sahabat ku sekalian.. tentu semua sedang pening dengan apa yg berlaku dalam politik negara tika ini.. termasuklah aku.. confius.. confius.. keliru.. tak tahu mana citer yg betul.. kala aku dengar citer dari sebelah sini... aku rasakan sebelah sini yg betul.. kala aku dengar citer sebelah sana aku rasakan sebelah sana yg betul.. jadi teori yg mengatakan perlu mendengar dari kedua2 belah pihak sama sekali tidak benar.. 
ianya hanya menambahkan lagi kebingungan yg sedia ada.. 

aku tidak berniat untuk berbicara panjang mengenai politik dalam blog aku nie.. cuma ingin berkongsi sedikit cerita melalui pengalaman aku sendiri.. semasa kekecohan sedang berlaku di Perak.. aku dan rakan sekerja sedang berbengkel menyediakan SKT
 di sebuah hotel di Bandar SP.. semasa kami sedang dinner kira2 jam 7 ++ malam.. aku pun bercerita bahawa aku tengok dalam berita sebentar tadi Datuk Z kena baling batu.. belum sempat aku menarik nafas menghabiskan ayat ku.. tiba2 di pintu masuk restoran hotel tersebut.. berjalan masuk Datuk Z tersebut.. perghh!! betul2 panjang umur la Datuk Z nie.. sempat juga berbicara dengan SUSK Datuk Z berkenaan ..
 SUSK tersebut merupakan rakan kepada boss aku.. beliau pun menceritakan situasi sebenar yg berlaku di Perak tanpa perlu ditanya..

Dari dulu hingga kini .. aku mengambil pendirian untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana aku tidak pernah percaya kepada org politik nie... manusia.. sama saja.. tak kira yg bersongkok.. tak kira yg berlebai mahupun berserban.. selagi namanya manusia.. dulu heboh2 ttg kronisme.. bagi aku sama saja.. pihak mana pun.. pastinya kronisme ini wujud.. siapa boleh bagi jaminan kalau sebelah pihak lagi amik alih.. kronisme tak wujud?? sama saja kan.. 

sebagai anggota gomen.. aku tetap setia kepada kerajaan yg memerintah.. "govt of the day".. itu yg termaktub dalam Perkara 4(1) Peraturan2 Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib)1993.. aku tak kisah sebelah mana yg memerintah.. aku hanya lah.. saya yang menurut perintah..

namun begitu .. aku amat berharap agar kerajaan yg memerintah ini.. bersifat adil.. mementingkan ketelusan.. buat kerja betul2.. takdak rasuah.. dan semua sifat2 mahmudah..

apa yg penting?? "kerjasama".. wonder pet!! yeay!!  yang paling penting.. ini tanah melayu!! kita orang melayu!! nie tanah kita!! jangan sampai anak cucu kita nanti menyalahkan kita bila terpaksa menumpang di bumi sendiri.. 

UMNO 
MCA
Keadilan
DAP
Barisan Nasional
PAS


Cool Tag!!



Mak labu aka ku nurfarah aka furfelsweet telah men'tag' saya..

Use Google Image to search the answers to the questions below.
Then you must choose a picture in the first page 
of the results, and post it as your answer.
After that tag 6 people.
I am ... Cool..

I really want to go to .... Makkah

my favourite place is....stadium darulaman
my favourite thing is... my gen2
my favourite drink is ... mai secawan
my favourite food is.. burger jalanan
my favourite colour... blue
i live in ... perlis
i was born in... kedah
i attended .. SMKAK
MRSM beseri perlis
Kolej Mara Banting
Universiti Tenaga Nasional




my favourite story is ... pi mai pi mai tang tu
this is my hobby .... playing computer games

i dream for .... syurga..


Saya ingin menge'tag' sesiapa sahaja yg belum buat tag bergambar nie coz this is cool..
especially.. husni (jpn penang), shuko, ara, and.. sapa2 je lah yg baca tag nie..



Wednesday, February 4, 2009

Anakku di KMC

Wad 509
Blok Baru
Kedah Medical Center

28 Januari 2009 jam 0700... tatkala aku hendak membukakan mata untuk bersiap ke kerja setelah cuti panjang tahun baru cina.. badan anak aku masih lagi panas.. setelah 2 malam berturut demam.. aku mengambil keputusan tidak boleh berlengah lagi.. bimbang sesuatu yang lebih buruk akan terjadi.. anak aku hanya demam pada sebelah malam sahaja..
kami mengambil keputusan untuk terus mendapatkan rawatan pakar.. itulah gunanya anda mempunyai medical card Prudential Takaful BSN.. baru aku terasa benar2 berbaloi tiap2 bulan membayar premium insurans anak aku.. dengan kelayakan yang ada pada insurans anak aku tu.. anak aku telah diadmitkan ke wad yang berharga RM120 semalam.. sepatutnya dia dapat yg RM150 semalam tapi dah penuh.. 
Apa yg aku nak ceriterakan kat sini.. buat sahabat2ku yg belum mengambil insurans.. silalah ambil.. banyak kegunaannya.. namun perlulah berhati2 agar tidak tersilap pilih.. aku sebagai sahabat hangpa semua.. kalau nak khidmat nasihat boleh.. wife aku merupakan ajen sepenuh masa Insurans Prudential Takaful BSN.. setakat hari nie memang terbukti the best di Malaysia nie.. yang penting ianya sistem islam.. ada board syariah yang mengwal investment dia.. 
nak dipendekkan citer.. anak aku boleh discaj pada 30 Januari 2009.. bil kena dalam RM 1k ++ lah.. bayang kan kalau aku xdak insurans.. mana nak cekau.. so insurans cover la...
kalau korang nak tau lebih lanjut bolehlah contact aku.. kita set appointment.. 
Aku nak ucapkan terima kasih buat isteriku kerana menjaga anak aku siang dan malam di KMC.. bukan senang nak jaga.. ditambah pulak bila dah dipasang dgn drip tu.. anak aku dah la active... thanks sayang!




Monday, February 2, 2009

Lama tak UpdatE

Assalamualaikum w.b.t.

dah lama aku xmengupdatekan blog nie.. sejak kebelakangan nie aku agak sibuk dengan tugas2 di pejabat dan tugas2 sebagai sorang ayah.. dan tugas sebagai abang..

tugas2 di pejabat..
 - kena handle Majlis Meraikan Pesara 2009.. last minute keja.. aku kena jadi MC.. ramai officer xdak.. so tinggal 2-3 org je yg kena uruskan.. majlis berlangsung pada 29/01.. ada raptai sikit pada 28/01.. so schedule agak pack utk 28 & 29.. since cuti raya cina sampai 27..

- maklumbalas dan laporan yg macam2 daripada unit keutuhan kementerian.. semua nak segera.. sampai ari nie.. nak report tu semalam.. isk.. ishk..

- tiba2 lak nak maklumbalas PIPP lak.. urgent..

- kes2 sumer aku letak tepi dululah

tugas2 sebagai ayah..
- tiba2 time tu gak la anak aku demam.. dah demam 2 hari.. so aku terpaksa bawak anak aku gi ke KMC (Kedah Medical Center).. pagi 28/01.. ingat nak minta excuse daripada majlis tu.. tapi xdapat coz xdak officer dah..

- so.. pagi gi antar anak aku gi KMC kena tahan kat wad lak.. so.. ptg kena bergegas balik perlis coz keja xsiap lagi.. malam tu balik alor setar semula.. jengok anak aku.. aku kena stay sampai dia tido baru aku boleh balik umah ayah aku utk tido.. xleh tido situ coz bilik sharing..

- pagi2 esoknya aku gi keja semula di perlis.. sempat aku jengok anak aku jap kat wad pagi tu sebelum gi keja dalam kul 6.30am.. dia masih tido.. 

- gi perlis.. petang handle majlis tu.. abis majlis balik ke umah aku kat beseri.. amik barang2 sikit..

- jumaat aku amik cuti.. ye la kan anak aku sakit.. takkan aku tak cuti..

tugas2 sebagai abang..
- adik ipar aku selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada jam 3.03 pagi di pusat rawatan mahsuri, jitra.. 

- selepas aku melayan anak aku utk tido.. bila aku balik ke umah.. diberitakan adik ipar aku dah sakit nak bersalin.. so bergegas lah semua ke Jitra.. tunggu sampai adik ipar aku bersalin jam 3.03pagi..

-lebih kurang jam 4pagi baru balik umah parents aku utk tido..

-keesokkannya.. shift aku la pulak jaga anak aku.. 

SETIA

Api! Api!

I've Got OB Spirit!!

Gerak Gerak Gerak Khas

Anak Buah Sarjan HashiM

TopicS