Info Solat (Click utk waktu solat)

Info Solat (Click utk waktu solat)
MASJID ZAHIR

Wednesday, February 11, 2009

Prudential BSN Takaful

Anda menghadapi Masalah??

Ke Arah Kehidupan yang lebih Tenang.. tak perlu lagi fikir tentang kos perubatan yang perlu ditanggung sekiranya sesuatu berlaku kepada keluarga anda..


Jika menghidap penyakit dan dimasukkan ke hospital, kita sentiasa mengharapkan :

 

1.       Nasihat perubatan oleh pakar perubatan yang terbaik

2.       Perkhidmatan, penjagaan dan layanan mesra yang pantas dan cekap

3.       Kaedah perubatan dan rawatan diberikan adalah yang terbaik

 

Walaubagaimanapun, jika kita memilih untuk mendapatkan rawatan di hospital yang boleh memberikan apa yang kita harapkan, adakah kita bersedia untuk membayar untuk perkhidmatan tersebut?

 

1.   Kredit kadbergantung kepada had kredit

2.   Akaun simpanancukup ke dengan caruman RM100 sebulan dalam masa 10 tahun baru cukup RM3000 itupun kalau dividen 10% setahun.

3.   Keluarga, Sahabat boleh ke bergantung kepada mereka, ntah-ntah mereka pun ada kepentingan lain jugak yang nak diselesaikan

4.   Open ward atau 4 bed di hospital swasta masih lagi dicaj di bawah RM100 sehari. 

Tetapi bagaimana dengan kos rawatannya pula?

 

Salah satu cara di atas adalah melalui pelan Takafulink yang didatangkan dengan manfaat perlindungan perubatan MMC. Konsepnya, sebelum berlakunya sakit anda selesaikan bil hospital dengan cara ansuran terlebih dahulu. Ini bermakna secara logiknya anda bersiap sedia menghadapi daripada menanggung kos mengejut.

 

Untuk mereka yang bekerja, bolehlah pula mendapat pelepasan cukai sehingga RM3000 setahun yang disediakan oleh kerajaan.

 

Terimalah hakikat :

1.       Kemalangan boleh berlaku di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja

2.       Kita akan berhadapan dengan berbagai masalah jika kita menghidapi penyakit

3.       Rawatan perubatan bukanlah sesuatu yang boleh ditangguh

4.       Sentiasa berdoa agar kita semua sihat selama-lamanya hendakNya.

 

Antara perkara-perkara yang menyebabkan sebelum ini ramai yang kurang berminat untuk menyertai pelan Takaful adalah kerana :

 

1.   Majikan telah sediakan kad perubatan

(bagi company besar2 lah.. kalau gomen harap spital kerajaan je lah)

     

    Memang diakui pelan yang disediakan oleh majikan anda juga tidak kurang menariknya tetapi apabila memikirkan yang pelan perubatan atau perlindungan itu hanyalah selama mana anda berkhidmat di situ. Tetapi bagaima pula sekiranya anda bercadang untuk bekerja di tempat lain atau manfaat yang sedia ada dikurangkan oleh pihak majikan? Dengan adanya pelan Takafulink ini anda tidak perlu berasa was-was lagi.

 

2.   Dah ada Pelan Takaful asas

 

Pelan perlindungan yang anda ambil sebelum ini hanyalah pelan asas yang meliputi penyakit kritikal sahaja dengan bayaran hanya serendah RM25 sebulan. Tetapi melalui pelan Takafulink yang disediakan oleh pihak PruBSN anda mendapat semua manfaat iaitu perlindungan, simpanan dan pelaburan di dalam 1 pelan sahaja.

 

Antara perkara-perkara lain yang mendorong anda menyertai pelan Takaful oleh PruBSN Takaful adalah kerana :

 

1.   Jumlah simpanan wang di bank (kecualilah anda mewarisi harta berjuta-juta)

 

Secara jujur simpanan wang di bank yang anda ada tidaklah seberapa kerana memang tak mampu nak buat simpanan buat masa sekarang (ekonomi meleset). Oleh yang demikian, anda memang tak boleh langsung bergantung sepenuhnya dengan wang simpanan yang ada. Dengan menyertai pelan Takafulink secara tidak langsung anda kini telah mempunyai simpanan kecemasan secara automatik sekiranya berlaku apa-apa ke atas anda.

 

2.   Perlindungan hingga berumur 80 tahun.

 

Kalau dipanjangkan umur, mudah-mudahan kalau sakit atau meninggal dunia adalah diharapkan anda tidak membebankan anak-anak dan isteri anda pada masa tersebut.

 

3.   Daripada duit habis dibelanjakan begitu saja untuk beli benda lain

 

Alhamdulillah, setiap bulan bila anda berazam nak allocate duit bulanan, maka anda tak guna lagi duit caruman untuk perkara-perkara lain. Dapat jugak anda bayar bulan-bulan duit caruman berbanding sebelum ini, duit habis beli barang-barang yang tak nampak.

 

4.   Manfaat simpanan yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa

 

Disamping mendapat manfaat perlindungan, anda juga mendapat manfaat simpanan dan pelaburan. Boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan kalau dikira-kira berdasarkan kepada andaian keuntungan hanya 2% setahun ibarat anda hanya membayar caruman hanya pada kadar 50% sahaja sebulan.

 

5.   Bayaran ko takaful terendah

 

Dengan bayaran ko-takaful maksima hanya RM1000, rasanya ianya adalah antara yang terendah setakat ini.

 

6.   Semakin umur meningkat semakin tinggi premium yang perlu dibayar.

 

Anda perlu memiliki produk ini sekarang!!.. semakin umur meningkat semakin tinggi premium yang perlu dibayar kerana?? Risiko yg lebih tinggi.

 

7.   Had tahunan yang tinggi dengan tiada had dikenakan ke atas rawatan yang diperlukan.

 

Anda juga tidak perlu ragu2 dengan produk ini kerana ianya diawasi oleh Majlis Pengawasan Syariah yang di pengerusikan oleh Y.Bhg. Datuk Hj. Ahmad Nakhie Ahmad. https://www.prubsn.com.my/shariah_committee.php

 

Tunggu apa lagi kawan2.. aku sebagai kawan korang sume hanya nak share benda baik nie untuk kebaikan semua.. kalau korang nak penerangan lanjut boleh la contact aku.. wife aku yg jadi agent insurance nie.. aku mana leh.. keja gomen maa..

Bebaskan diri dari kerisauan !!

 

 

3 comments:

Farah Zahirah said...

Bad,

Kalau aku minat berapa bulan2 nak bayar? Mesti kena ada akuan BSN kan?

Farah Zahirah said...

Bad,

Kalau aku minat berapa bulan2 nak bayar? Mesti kena ada akuan BSN kan?

Badrulhafiz Hj. Sulaiman said...

bayar ikut plan yg hang nak.. kalau ikut umur hang tu aku rasa RM 130 sebulan lepas lagi.. tapi sekarang nie caj bilik spital swasta dah tinggi.. kalau nak duduk selesa kena lebih la sikit..

untuk baby penting.. anak aku .. kuar2 trus amik.. coz plan nie sekali dgn simpanan.. so.. nanti kalau dia nak masuk U xyah dok harap ke PTPN dah.. lagipun masa depan sapa tau kan.. ntah2 lagi tinggi interest dia.. yg nie ada simpanan siap cover medical lagi..

tak perlu ada akaun BSN..

bagi ic no.. nanti aku suruh wife aku buat quotation..

SETIA

Api! Api!

I've Got OB Spirit!!

Gerak Gerak Gerak Khas

Anak Buah Sarjan HashiM

TopicS