Info Solat (Click utk waktu solat)

Info Solat (Click utk waktu solat)
MASJID ZAHIR

Monday, February 9, 2009

pOLItik oH PoliTik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Sahabat-sahabat ku sekalian.. tentu semua sedang pening dengan apa yg berlaku dalam politik negara tika ini.. termasuklah aku.. confius.. confius.. keliru.. tak tahu mana citer yg betul.. kala aku dengar citer dari sebelah sini... aku rasakan sebelah sini yg betul.. kala aku dengar citer sebelah sana aku rasakan sebelah sana yg betul.. jadi teori yg mengatakan perlu mendengar dari kedua2 belah pihak sama sekali tidak benar.. 
ianya hanya menambahkan lagi kebingungan yg sedia ada.. 

aku tidak berniat untuk berbicara panjang mengenai politik dalam blog aku nie.. cuma ingin berkongsi sedikit cerita melalui pengalaman aku sendiri.. semasa kekecohan sedang berlaku di Perak.. aku dan rakan sekerja sedang berbengkel menyediakan SKT
 di sebuah hotel di Bandar SP.. semasa kami sedang dinner kira2 jam 7 ++ malam.. aku pun bercerita bahawa aku tengok dalam berita sebentar tadi Datuk Z kena baling batu.. belum sempat aku menarik nafas menghabiskan ayat ku.. tiba2 di pintu masuk restoran hotel tersebut.. berjalan masuk Datuk Z tersebut.. perghh!! betul2 panjang umur la Datuk Z nie.. sempat juga berbicara dengan SUSK Datuk Z berkenaan ..
 SUSK tersebut merupakan rakan kepada boss aku.. beliau pun menceritakan situasi sebenar yg berlaku di Perak tanpa perlu ditanya..

Dari dulu hingga kini .. aku mengambil pendirian untuk tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana aku tidak pernah percaya kepada org politik nie... manusia.. sama saja.. tak kira yg bersongkok.. tak kira yg berlebai mahupun berserban.. selagi namanya manusia.. dulu heboh2 ttg kronisme.. bagi aku sama saja.. pihak mana pun.. pastinya kronisme ini wujud.. siapa boleh bagi jaminan kalau sebelah pihak lagi amik alih.. kronisme tak wujud?? sama saja kan.. 

sebagai anggota gomen.. aku tetap setia kepada kerajaan yg memerintah.. "govt of the day".. itu yg termaktub dalam Perkara 4(1) Peraturan2 Pegawai Awam (Kelakuan & Tatatertib)1993.. aku tak kisah sebelah mana yg memerintah.. aku hanya lah.. saya yang menurut perintah..

namun begitu .. aku amat berharap agar kerajaan yg memerintah ini.. bersifat adil.. mementingkan ketelusan.. buat kerja betul2.. takdak rasuah.. dan semua sifat2 mahmudah..

apa yg penting?? "kerjasama".. wonder pet!! yeay!!  yang paling penting.. ini tanah melayu!! kita orang melayu!! nie tanah kita!! jangan sampai anak cucu kita nanti menyalahkan kita bila terpaksa menumpang di bumi sendiri.. 

UMNO 
MCA
Keadilan
DAP
Barisan Nasional
PAS


4 comments:

Anonymous said...

Susah nak cari politician yang berjuang untuk bangsa dan negara. Semua tu ade kepentingan diri sendiri, nak kuasa dan duit..

Aku pun tak sokong mane2, yang pastinya, aku taksuka pada mereka yang memecah belahkan bangsa dan negara..

Sejak pembangkang memerintah di Selangor, aku tak nampak sebarang perubahan. Yg tu aku leh terima sb mgkin terlalu awal untuk buat perubahan, tapi yang aku geram, keadaan mcm makin teruk.

Kawasan perumahan aku kotor takde orang sapu..Buat aduan ttg lampu di kawasan perumahan, 1 aduan tak jalan, kena dekat 5-6x baru nak ade tindakan.. Lampu2 jalan hanyalah perhiasan semata, tak pernah nak on.. jln gelap gelita.. Rumput padang dipotong 2bulan or 3 bulan sekali bila dah mcm semak samun padang tu..

Cukai tanah and cukai pintu tak pernah nak turun..byr lambat kena penalti..

Diikutkan, memang takutlah politik negara kita ni.. Bangsa lain makin berani bersuara, bangsa kita masih lalai dan alpa dengan kenikmatan dunia..

Ape nak jadi ni..

Badrulhafiz Hj. Sulaiman said...

papaya - setakat nie di kedah.. alhamdulillah.. things are getting better..

Al Hadi said...

aku tak pernah peduli ngan politik. mcm kau kata, semua sama jer.

Encik Moshuchi said...

hidup adalah politik..untuk hidup mestilah 'berpolitik'..tetapi jangan politik jahat, kotor, busuk, keji, hina.

SETIA

Api! Api!

I've Got OB Spirit!!

Gerak Gerak Gerak Khas

Anak Buah Sarjan HashiM

TopicS