Ingin bermaksiat ???
BOLEH JEE...
Syarat pertama, jika bermaksiat kepada Allah, jangan sesekali makan rezekinya...tapi, mcm mane ek?? semua yang ade atas muka bumi ni ALLAH yang punya kan kan...
Syarat kedua,kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya...tapi, mcm mane ek?? kat bulan oksigen cukup ke?? ALAMAK ! Sheikh Mzafar pon tak tahan..
Syarat ketiga, kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya...tapi, ALLAH nampak semua.. yang kita tak nampak pon Dia nampak..adoii...mcm mane nih??
Syarat keempat, kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'... tapi mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaan itu...ade dia kesah?? Hisshh!!
Syarat kelima, kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya, tapi...kompom malaikat itu tak akan bagi chan pnyee lah...
Pilihan di tgn kita
antara neraka....@.....syurga
antara dosa......@.....pahala
antara seksa.....@.....gembira
antara duka......@.....suka
Semoga ALLAH swt sentiasa melimpah ruahkan rahmat, barakah, dan restuNya kepada kita hamba yang sangat sangat sangat kerdil, hina dan penuh dengan dosa ini...
Semoga kita ditetapkan iman hendaknya
~InsyaALLAH...
-sekadar buat renungan & kecilnya peringatan-
ALLAHUAKBAR !!!
No comments:
Post a Comment