Info Solat (Click utk waktu solat)

Info Solat (Click utk waktu solat)
MASJID ZAHIR

Friday, November 28, 2008

MakaN PuluiT.. IkaN MasiN.. Kopi O'



Pagi nie aku breakfast yang sangat sedap.. pulut .. ikan masin.. dengan kopi O'.. perghh .. best gila.. sepanjang hari ni.. memang kerja nak lena ja.. hahaha..

Sangat-sangat menyelerakan bukan?

Licin...

Starting from next week i'll be at PUTRAJAYA for a week and will be staying at my mother in law house in Shah Alam.. 

Bila nak convo nih... kalau convo celah2 nie kan senang kerojo aku..

Monday, November 24, 2008

SpiDerMan vS UltRamaN.. Siapa yg MenanG??

ALOR STAR - Bandaraya Alor Star hari ini telah dikejutkankan dengan satu peristiwa yang sangat menggemparkan seantero dunia superhero apabila dua super hero terkenal telah bergaduh sesama sendiri, awal pagi semalam. Pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada selisih faham dalam merebut seorang awek. Super hero yang diperkatakan berkenaan adalah spiderman dan ultraman. Menurut sumber yang boleh dipercayai, ultraman telah melakukan kunjungan hormat kepada spiderman di kampung asal spiderman iaitu bandaraya alor star. Ultraman telah terpandang seorang awek di bandaraya alor star ini lalu terus menghulurkan kad beliau. Mereka seterusnya bertukar-tukar nombor telefon. Tanpa Ultraman sedari, rupa-rupanya awek tersebut ialah awek spiderman. Maka berlakulah satu pertembungan dasyat antara dua superhero.  Ketua Polis Negeri berkata akibat serangan itu, ultraman, kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) serta tidak sedarkan diri. Seorang jurugambar terkenal berjaya merakamkan aksi pertembungan tersebut secara rahsia. Pembaca diingatkan bahawa gambar-gambar tersebut adalah dibawah kategori 18SG. 


Spiderman tengah dok amik mood.

Spiderman warming up.


Gaya 'Pusingan tanpa bayang'



Ultraman tidak berdaya untuk berlawan.

Satu tumbukan maut kena tepat di buah halqum Ultraman! 

Kepala Ultraman dah hampir terputus dikerjakan. Lampu di dada Ultraman kini berkelip2. Namun tiada adik beradik Ultraman yang berani membantu.

Ultraman akhirnya tidak berdaya lagi.

Spiderman tersenyum riang. Awek Spiderman telah membelanja Spiderman sepotong kek yg sedap. Awek beliau kagum dengan kekuatan Boyfriend nya. Sebenarnya saja ja awek tersebut ingin menguji tahap kejelousan Spiderman.
Identiti awek tersebut terpaksa dirahsiakan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

Wednesday, November 19, 2008

Tag:Pic Ur Self


Undang²: 
1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right NOW!. 2) DON’T change your clothes, DON’T fix your hair…just take a picture. 
3) Post that picture with NO editing.
4) Post these instruction with your picture. 
5) Tag 10 people to do this

ok..

aku nak tag nama2 berikut.. ingat aar.. ikut undang2 tau..

1. Hadi
2. Mel
3. Fariq
4. Yaya
5. Kuntum
6. Shuko
7. Rosli
8. Ikram
9. Farah
10. Naz

Tuesday, November 11, 2008

TriP To SatuN, ThailanD


SAWADEEKAP


Lawatan kerjasama dua hala Malaysia-Thailand. nie gambar aku masa nak masuk Thailand. kami masuk melalui Wang Kelian (Malaysia) - Khuandon (Thailand) sebab kalau nak gi Satun lebih dekat ikut sini. aku guna border pass ja.. xyah guna passport.. special la sikit utk org2 negeri di sempadan seperti Perlis, Kedah & Kelantan.. ada member aku sorang org Pahang.. punya la frust.. last minute pasport hilang la plak.. hilang @ bini simpan.. jeng jeng jeng..


Pondok telefon kat Satun. 

aku post ini dulu lah.. lambat tul nak upload gambar nih..
to be cont..

Continued

ok.. nie duit yang aku tukaq.. duit kita la nie murah sikit..
aku tukaq RM 100 dapat 970 bath ja..
barang2 harga lebih kurang mcm tu ja..
teh panas = 10 bath (teh tarik xdak) RM1
Roti kosong = 10 bath


Nasi Goreng Ayam kat Satun.. masa nak order punya la sussah..
macam ayam dgn itik bercakap.. tak faham sepatah haram..
teh ais.. teh ais dia letak gula merah.. mula2 aku ingat apsal la rasa lain nie..
rupa2nya dia letak gula merah..
Harga = 100 bath


kat depan pejabat imigresen satun..
aku dengan member sepejabat.. khairi..
Majoriti penduduk di wilayah satun nie berugama islam..

to be continued again coz of technical problem.. arrghh.. 


continued again..

Sudah siap utk turun ke padang.. main kat Stadium Satun..
Stadium nie baru siap ja.. lebih kurang macam mini stadium kat universiti je la..
keputusan perlawanan draw 2-2.. first half JPN Perlis leading 2-0


pada sebelah malam.. lepak kedai pekena teh panas.. teh tarik xdak la kat thailand nie..
cuma yg unik sikit kat sini.. dia akan sedia seteko air panas utk tambah.. nampak teko kat atas tu.. tu utk nak panaskan air teh.. teh = 10 bath.. 



Tut Tut kat Satun.. masa kat Satun nie aku xtau lagi sebab apa dinamakan tut tut.. tapi bila kat hatyai baru tau.. kat hatyai memang sibuk yang dibuat2 sibuk.. dengaq bunyi hon tut tut nie je..
 

hatyai pada sebelah malam.. nampak macam sibuk tak?.. polis traffic wilayah satun mengawal keadaan dengan begitu baik.. malam di hatyai meriah.. bunyi tut tut rata-rata..

nanti aku sambung lagi..

ok sambung balik..

nie en. marlboro thailand.. bukan aku punya.. member punya.. menurut member aku.. xsedap..
mungkin si pengejar masa lebih arif berkenaan nie..


Ok.. nie dah kat sempadan malaysia/thailand.. dah nak balik dah.. kami balik melalui Padang Besa(thailand)- Padang Besar(Malaysia).. belum keluar sempadan dah bincang plan nak re-trip.. hahaha

overall it was a good experience for me.. this is my first time travel outside malaysia.. since im only working in state not like the rest of my friend which are working at the ministry.. this my only chance.. hehehe.. btw.. next month maybe we will be going to songkhla.. for a friendly match again.. untuk tidak menghampakan aku post la gak.. Tiger Show!!

I
i
i
i
i
i
i
i
i
i
i
V
V
V

amacam?? ok tak? hahahahaha

Friday, November 7, 2008

Sawadeekap..


Sawadeekap..
hehehe.. mungkin perkataan nie lah yg akan aku dengaq ptg sat gi..
petang nie aku dan rombongan drpd JPN Perlis akan ke Satun, Thailand..
tujuan kami adalah utk mengeratkan kerjasama antara dua negara..
kami akan mengadakan perlawanan bolasepak dgn JPN Satun..
mengikut pengalaman terdahulu.. sekiranya nak depa layan baik punya.. sila lah bagi kalah..
hehehe.. ada sesapa nak kirim apa-apa..
kirim salam boleh lah... hehehe

Thursday, November 6, 2008

OutdooR ModulE PalinG Best??

Bersama-sama ini disertakan undian outdoor module yang paling best untuk makluman dan tindakan pihak tuan selanjutnya.

Segala kerjasama tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian dan salam hormat jua. (ayat rozainor.. heheh)

Wednesday, November 5, 2008

HaRi yG PanjaaaaaaaanG..

Semalam merupakan hari yg panjang buat aku..
seperti biasa aku kena travel lagi la kan by motor gi keje..
pastu aku xleh balik trus umah coz ptg ada training bola utk JPN..
kami training coz nak pi lawan dengan JPN Satun, thailand jumaat nie..
abis training dah jam 7 lebih.. aku berenti kat masjid terdekat.. solat maghrib..
penat siot.. dah la lama xmain bola.. dok pikiaq nak balik lagi 50km tu.. peehh..
dah sudah solat.. aku pun meneruskan perjalanan aku utk balik..
so... seperti biasa.. aku akan isi minyak on the way aku balik coz esok pagi tak kalut bila nak pi keja..
dah sampai ke petronas shahab perdana.. aku pun Q utk isi minyak..
pastu nampak satu pump kosong aku pun pi situ..
buka seat.. amik wallet.. pastu.. tutup balik seat tu.. gi bayar.. isi RM 6..
pastu .. gi balik kat pump tu utk isi minyak..
masukkan kunci.. alamak.. apa nih... stuck.. xleh pusing..
aaarrrghh!!.. jammed la plak.. nak buka seat utk isi minyak xleh.. aku try pusing opposite site.. utk on kan.. xleh gak!!.. alamak camna nie.. lama gak aku try..
pastu.. ada aweks lak datang.. ingat aku xbiasa guna scooter kot.. mungkin dia ingat aku pinjam je motor sapa2 nih.. coz scooter memang cara lain ckit utk buka seat..
dia pun try la.. xleh gak coz jammed..  
aku pun gi balik kat kaunter kata motor saya jammed la.. boleh bagi duit tadi balik tak..
sib baik dia xcakap byk.. so dia bg balik RM6..
alamak nak call .. hp dah kena block.. sib baik ada public phone..
gi la nak phone.. ada pengkid lak dok bergayut..
dah lepas si pengkid nie bergayut aku pun call wife aku suruh datang amik..
(penat aar taip nie.. penat la nak citer)..
kejap lagi aku sambung balik..

ok .. sambung balik..
so... wife aku dtg amik.. aku decide balik umah try amik kunci spare.. and dtg balik utk try..
on the way balik.. lapar.. so singgah kat medan selera mergong.. makan.. nasi goreng ayam 2 + teh o ais.. teh ais..
sambil2 tu melayan anak aku yg nak main playground kat situ..
abis makan.. balik umah.. mandi2 dulu.. pastu.. wife aku nak tgk citer apa tu.. yg heroin dia pakai spek besaq tu.. ntahla.. layan je la sampai abis dulu..
pastu baru gi balik ke petronas tadi.. try kunci spare tadi.. xleh gak..
aku dah bawak tool box aku.. aku nak try buka gak seat tu coz banyak barang2 aku dalam seat tu..
gagal!! failed!! dare to failed!!
xleh gak.. so.. ari nie .. aku dah amanahkan kepada adik aku (guna word amanah sedap sikit.. padahal suruh la kan).. untuk gi kedai motor minta tlg uruskan..

pagi tadi aku bangun lambat... eh.. eh.. dah masuk hari lain.. xyah citer la.. xkena dgn tajuk lak.. 
itulah kisah aku hari yg panjang.. penat aaar..

Tuesday, November 4, 2008

Race yG Gila


peehh.. best giler race semalam..
apa-apa hal aku still lagi sokong ferrari lah..
kalau tak kerana keta timo glock rosak lasti minute.. sure massa dah dapat world champ..
xdak rezeki laa.. dah rezeki hamilton.. 
aaarrgghh!! aku tension sebenarnya!! maintain buat2 cool..
apsal la keta timo glock nie boleh slow lak last2.. 
kalau nak pakai 2 stop strategy pun buat la btul2..
kira betul2.. 
salute Massa..
salute Raikonen..
salute Ferrari..

Monday, November 3, 2008

KawaN BarU AnakkU


ini la kawan baik anak aku yg baru..
nama dia taro.. famous dia nih.. berlakon citer jepun..
dia jadi hero.. nama ultraman..
kuat gak dia nie.. habis sume raksasa dia lawan.. walaupun dia mcm nak kalah.. last sekali mesti dia menang..
namun begitu.. kini dia telah tewas dengan anak aku.. baru beli sehari.. anak aku telah mengkarate kepala ultraman tu sehingga terputus dua... hahaha
siapa lagi kuat?? ultraman @ anak aku?? hua hua...

SETIA

Api! Api!

I've Got OB Spirit!!

Gerak Gerak Gerak Khas

Anak Buah Sarjan HashiM

TopicS