Info Solat (Click utk waktu solat)

Info Solat (Click utk waktu solat)
MASJID ZAHIR

Monday, November 24, 2008

SpiDerMan vS UltRamaN.. Siapa yg MenanG??

ALOR STAR - Bandaraya Alor Star hari ini telah dikejutkankan dengan satu peristiwa yang sangat menggemparkan seantero dunia superhero apabila dua super hero terkenal telah bergaduh sesama sendiri, awal pagi semalam. Pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada selisih faham dalam merebut seorang awek. Super hero yang diperkatakan berkenaan adalah spiderman dan ultraman. Menurut sumber yang boleh dipercayai, ultraman telah melakukan kunjungan hormat kepada spiderman di kampung asal spiderman iaitu bandaraya alor star. Ultraman telah terpandang seorang awek di bandaraya alor star ini lalu terus menghulurkan kad beliau. Mereka seterusnya bertukar-tukar nombor telefon. Tanpa Ultraman sedari, rupa-rupanya awek tersebut ialah awek spiderman. Maka berlakulah satu pertembungan dasyat antara dua superhero.  Ketua Polis Negeri berkata akibat serangan itu, ultraman, kini berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) serta tidak sedarkan diri. Seorang jurugambar terkenal berjaya merakamkan aksi pertembungan tersebut secara rahsia. Pembaca diingatkan bahawa gambar-gambar tersebut adalah dibawah kategori 18SG. 


Spiderman tengah dok amik mood.

Spiderman warming up.


Gaya 'Pusingan tanpa bayang'



Ultraman tidak berdaya untuk berlawan.

Satu tumbukan maut kena tepat di buah halqum Ultraman! 

Kepala Ultraman dah hampir terputus dikerjakan. Lampu di dada Ultraman kini berkelip2. Namun tiada adik beradik Ultraman yang berani membantu.

Ultraman akhirnya tidak berdaya lagi.

Spiderman tersenyum riang. Awek Spiderman telah membelanja Spiderman sepotong kek yg sedap. Awek beliau kagum dengan kekuatan Boyfriend nya. Sebenarnya saja ja awek tersebut ingin menguji tahap kejelousan Spiderman.
Identiti awek tersebut terpaksa dirahsiakan bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

2 comments:

Al Hadi said...

HAHAHAHAHAHA!!!! Ultraman patah tengkuk!

Naz said...

Cayalah Spidey! Bravooo!!

p/s: Spiderman mmg hero feveret aku (walaupun aku ni sbnrnya arachnophobia) hehehe......

SETIA

Api! Api!

I've Got OB Spirit!!

Gerak Gerak Gerak Khas

Anak Buah Sarjan HashiM

TopicS