Info Solat (Click utk waktu solat)

Info Solat (Click utk waktu solat)
MASJID ZAHIR

Monday, September 12, 2011

Sejarah

"Sejarah" didefinisikan sebagai "menyiasat/inkuiri - ilmu yang diperolehi melalui kaedah penyiasatan seperti pengumpulan, pengkajian dan sebagainya.. Sejarah yang kita pelajari hari ini adalah daripada hasil kajian pengkaji-pengkaji sejarah terhadap bukti-bukti samada berbentuk dokumentasi bertulis, tidak bertulis ataupun penemuan artifak-artifak..


Mungkin sejarah yang ditulis bagi peristiwa yang berlaku 50 - 60 tahun dahulu sempat didokumentasikan secara sistematik dan boleh dipercayai.. namun begitu bagaimana dengan sejarah bagi peristiwa yang telah berlaku berjuta-juta tahun sebelum ini?


Sejak kita di sekolah rendah lagi, kita telah mempelajari bahawa zaman manusia ini bermula daripada zaman batu iaitu peleolitik, mesolitik, neolitik dan seterusnya. aku pun turut sama bersengkang mata menghafal segala fakta-fakta yang dipelajari dari buku Sejarah Fokus SPM Pelangi.. hehe.. sejauh mana kesahihan ilmu yang kita pelajari tu? sampai sekarang pun budak2 sekolah masih lagi mempelajari benda yang sama dan percaya bahawa manusia pada zaman dahulu tak pakai baju.. guna batu.. lukis kat dinding..


itu sejarah yang ditulis oleh siapa? ilmuwan mana? sebenarnya semua perkara terjadi dalam dunia ini telahpun dicatatkan dalam Al-Quran.. bukan sahaja peristiwa yang telah berlaku, malah peristiwa yang akan berlaku pun telah dititipkan dengan jelas dalam Al-Quran.. terpulang kepada manusia itu sendiri untuk mengkaji dan menjadikannya sebagai panduan hidup.


opss.. sebelum terpesong, aku bukan nak raise isu pasal apa yang Mat Sabu dok cerita.. pasal sejarah merdeka Negara Kita.. aku tak minat la mainan orang politik ni..


kalau kita tengok dalam Al-Quran, Allah menggunakan zaman nabi-nabi sebagai menggambarkan sela masa yang ada.. contohnya.. pada zaman Nabi Nuh.. pada Zaman Nabi Isa.. dan sebagainya.. turunnya Adam dulu pun sebenarnya bukanlah bogel.. turunnya Hawa dulu pun dalam keadaan bersopan.. kemudian daripada Adam dan Hawa lahirlah zuriat yang terus berkembang menjadi khalifah di muka bumi ini..


Justeru.. aku nak mengajak hangpa semua berfikir.. apa yang perlu kita lakukan? boleh kah kita nak ubah syllabus sejarah? kalau nak ubah pun macamana? sejarahwan2 yang ada.. depa ni buat kajian melalui rujukan mana?


renung2kan dan selamat beramal..


No comments:

SETIA

Api! Api!

I've Got OB Spirit!!

Gerak Gerak Gerak Khas

Anak Buah Sarjan HashiM

TopicS