Info Solat (Click utk waktu solat)

Info Solat (Click utk waktu solat)
MASJID ZAHIR

Monday, January 19, 2009

Misteri di Rumah Sewa Baru...

Assalamualaikum...

aku baru je dgn secara rasminya berpindah masuk ke rumah sewa baru di Taman Beseri Permai ari sabtu 17/01/09.. so malam tu aku buatlah baca yassin sikit.. jemput saudara2 terdekat aku.. yang paling jauh datang pun abang ipar aku (abang wife aku).. dari simpang pulai.. so.. majlis berlangsung seperti biasa.. setelah selesai.. sume pun berangkat pulang ke umah masing2.. kecuali abang ipar aku, isterinya dan anaknya yang baru berusia tak samapai 2 tahun.. so.. aku dan wife tido di bilik, manakala abg ipar, isterinya dan anaknya tido di ruang tamu.. (aku hamparkan toto).. lebih kurang jam 4 pagi (menurut cerita abg iparku).. beliau mendengar seperti ada org ingin mengangkat kerusi yang diletakkan diluar .. (kerusi plastik yg digunakan utk majlis makan tadi disusun bertingkat2 di tepi dinding di luar rumah).. beliau sangkakan pencuri.. beliau cuba bangun.. namun badan beliau seperti ditangkap dan tidak boleh bergerak.. tiba2 beliau ternampak kelibat bayang 2 orang lalu ditepinya trus keluar.. setelah beliau boleh bergerak.. beliau bangun untuk melihat keluar.. namun tiada apa2..
so.. semalam aku dan isteriku membaca surah al-baqarah selepas selesai solat isya'.. harap2nya tiadalah gangguan lagi selepas ini.. 

7 comments:

Ishan_Qureshi said...

Salam BAD...

Alamak...serreemmnya! Ala2 misteri nusantara je pun. Meghomang bulu roma den...huhuhu!

Naz said...

Ish... seram siot!!

Anonymous said...

Rumah baru ke Bad? Tu 'penghuni' asal rumah tu kot.. Seram aku..
Baca surah al-baqarah sampai habis kan bila pindah rumah?

Al Hadi said...

sila pagar rumah dgn ayat kursi 7 kali bacaan. insya Allah.

Nuisanc3 said...

isk isk.. skang camne bad? ada pape lagi?

Badrulhafiz Hj. Sulaiman said...

rasanya xdak apa dah kot.. cuma wife aku still takut la.. pantang bunyi2 sikit terus takut..

Anonymous said...

assalamualaikum,

surah al-baqarah mmg elok utk pagar umah,biasanya perlu di caharge 3 hari sekali.dak pon tuan leh dpt maklumat melalui www.rawatansihir.com dan www.terapialquran.com

SETIA

Api! Api!

I've Got OB Spirit!!

Gerak Gerak Gerak Khas

Anak Buah Sarjan HashiM

TopicS