Info Solat (Click utk waktu solat)

Info Solat (Click utk waktu solat)
MASJID ZAHIR

Tuesday, September 20, 2011

Meeting Sekolah..

minggu lepas merupakan minggu yang agak sibuk dan agak mengjengkelkan buat aku.. memang betul orang kata , bila jaga unit kewangan nie sebelah kaki dah dok dalam penjara / neraka.. adoooiii.. aku dah cuba untuk follow the right procedure, tapi bila ada kuasa yang lebih tinggi daripada aku yang suh aku buat gak... terpaksalah.. dah nama pun saya yang menurut perintah..

terlalu banyak pembaziran duit rakyat yang telah berlaku.. perbelanjaan yang aku kira tak perlu langsung dan atas kepentingan sesetengah pihak kadar harga tu menjadi tidak munasabah..

nak buat sesuatu yang tak perlu, seperti ingin menunjukkan siapa paling hebat.. huh! sangaaat la sangaat.. bila aku terpaksa menanggung seorang beban ni mmg terasa sangat nak pecah kepala.. nasib baik ada sahabat yang jadi punching bag aku.. haha.. tq..

dalam minggu lepas gak, tiba2 je nak suh guna peruntukkan untuk bayar sesuatu yang xboleh bayar.. apa pilihan aku ada?? dah explain kat org atas tu, xboleh proceed.. xboleh bayar.. tapi arahannya.. kena cari peruntukan bayar jugak.. saya luluskan.. adoooii.. orang atas dulu tak mcm ni pun?? last2 aku la yg dok tanggung..

minggu ni lain la pulak citernya.. baru 2 hari start minggu.. dah mcm 20 hari meeting.. masuk meeting mcm masuk kelas tingkatan 6.. meeting xdak agenda.. then melalut.. mcm la org bawah ni tak faham.. baru dapat surat panggilan meeting dgn org yg lagi atas dah menggelabah.. dulu pun orang atas tu kena pi meeting yang sama gak.. xdak la jadi mcm ni..

dok gaduh masa kerja tak cukup.. dah tu.. aluan pengerusi pun dah sejam, mcmana nak bincang isu sebenar??

maybe its time for me to move on... huh!!

Monday, September 12, 2011

Sejarah

"Sejarah" didefinisikan sebagai "menyiasat/inkuiri - ilmu yang diperolehi melalui kaedah penyiasatan seperti pengumpulan, pengkajian dan sebagainya.. Sejarah yang kita pelajari hari ini adalah daripada hasil kajian pengkaji-pengkaji sejarah terhadap bukti-bukti samada berbentuk dokumentasi bertulis, tidak bertulis ataupun penemuan artifak-artifak..


Mungkin sejarah yang ditulis bagi peristiwa yang berlaku 50 - 60 tahun dahulu sempat didokumentasikan secara sistematik dan boleh dipercayai.. namun begitu bagaimana dengan sejarah bagi peristiwa yang telah berlaku berjuta-juta tahun sebelum ini?


Sejak kita di sekolah rendah lagi, kita telah mempelajari bahawa zaman manusia ini bermula daripada zaman batu iaitu peleolitik, mesolitik, neolitik dan seterusnya. aku pun turut sama bersengkang mata menghafal segala fakta-fakta yang dipelajari dari buku Sejarah Fokus SPM Pelangi.. hehe.. sejauh mana kesahihan ilmu yang kita pelajari tu? sampai sekarang pun budak2 sekolah masih lagi mempelajari benda yang sama dan percaya bahawa manusia pada zaman dahulu tak pakai baju.. guna batu.. lukis kat dinding..


itu sejarah yang ditulis oleh siapa? ilmuwan mana? sebenarnya semua perkara terjadi dalam dunia ini telahpun dicatatkan dalam Al-Quran.. bukan sahaja peristiwa yang telah berlaku, malah peristiwa yang akan berlaku pun telah dititipkan dengan jelas dalam Al-Quran.. terpulang kepada manusia itu sendiri untuk mengkaji dan menjadikannya sebagai panduan hidup.


opss.. sebelum terpesong, aku bukan nak raise isu pasal apa yang Mat Sabu dok cerita.. pasal sejarah merdeka Negara Kita.. aku tak minat la mainan orang politik ni..


kalau kita tengok dalam Al-Quran, Allah menggunakan zaman nabi-nabi sebagai menggambarkan sela masa yang ada.. contohnya.. pada zaman Nabi Nuh.. pada Zaman Nabi Isa.. dan sebagainya.. turunnya Adam dulu pun sebenarnya bukanlah bogel.. turunnya Hawa dulu pun dalam keadaan bersopan.. kemudian daripada Adam dan Hawa lahirlah zuriat yang terus berkembang menjadi khalifah di muka bumi ini..


Justeru.. aku nak mengajak hangpa semua berfikir.. apa yang perlu kita lakukan? boleh kah kita nak ubah syllabus sejarah? kalau nak ubah pun macamana? sejarahwan2 yang ada.. depa ni buat kajian melalui rujukan mana?


renung2kan dan selamat beramal..


SETIA

Api! Api!

I've Got OB Spirit!!

Gerak Gerak Gerak Khas

Anak Buah Sarjan HashiM

TopicS